- Helmi menunjukkan batu kristal unik yang ditemuinya di Jalan Batu Kurau, Batu Kurau, Taiping.
BUKIT MERAH - Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebiji batu kristal jernih ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah hutan di sini, tiga hari lalu.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu jengkaut, Helmi Mohd Napiah 43, berkata, dia menemui objek jernih yang berkilau sewaktu mengorek tanah di Jalan Batu Kurau, Batu Kurau, Taiping.
Menurutnya, penemuan secara tidak sengaja itu bermula apabila dia terjatuh sewaktu mengangkat timbunan tanah yang dikorek untuk diletakkan pada suatu tempat.
“Sewaktu leka mengorek tanah, pandangan saya teralih pada satu objek berkilau yang terjatuh berhampiran jengkaut.
“Pada awalnya, saya menyangkakan objek jernih itu hanya serpihan kaca namun rupa bentuknya berkilau menarik perhatian saya.
“Setelah diamati dengan teliti, saya pasti batu ini jarang ditemui.” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Bukit Merah di sini, semalam.
Helmi berkata, dia berniat untuk menyimpan batu tersebut walaupun ada antara rakannya mahu membeli dengan menawarkan harga yang tinggi.
“Namun saya tidak berniat untuk menjualnya kerana saya pasti ada maksud tersendiri.
“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang 20 tahun mengendalikan jengkaut,” katanya.
Helmi berkata, sejak itu, rumahnya sering dikunjungi orang ramai yang ingin melihat batu tersebut dan ada juga sesetengah individu yang menawarkan harga tinggi untuk memiliki kristal berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: