|
GOSIP hubungan cinta pelakon jelita, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa dengan penerbit, Hans Isaac sudah bertebaran sejak dua tahun lalu.
Namun begitu, tiada pengesahan lanjut mengenai hubungan yang terjalin daripada mulut kedua-duanya. Baik Hans, 43, mahupun Neelofa, 25, masing-masing lebih senang mengunci mulut dan membiarkan orang ramai menilai sendiri hubungan mesra mereka.
Bagaimanapun, melalui artikel sebuah akhbar semalam, Neelofa tampil memberi kenyataan bahawa hubungan cintanya dengan penerbit teater Supermokh itu sudah berakhir sejak awal Februari lalu. Malah, pengacara program MeleTOP itu juga mengakui memberikan kenyataan kerana tidak mahu terus dibayangi dengan nama Hans.
Kosmo! terus menghubungi Hans untuk mendapatkan maklum balas mengenai kenyataan Neelofa itu.
Bagaimanapun, Hans yang sedang bercuti di sebuah pulau itu lebih senang menjawab mengenai hal itu menerusi kiriman Whats App.
Kosmo!: Neelofa ada memberikan kenyataan akhbar bahawa hubungan Hans dengan dia sudah putus sejak Februari lalu. Benarkah begitu?
HANS: Well, better Lofa yang comment my dear. I have nothing much to say (Saya rasa lebih baik Lofa yang komen. Tiada apa yang perlu saya katakan).
Apabila saya menghubungi Lofa, dia beritahu terpaksa jelaskan mengenai hal ini (putus cinta) kerana tidak mahu dikaitkan dengan anda lagi. Apa yang menjadi persoalan mengapa Lofa membuat kenyataan tersebut sedangkan sebelum ini dia sendiri tidak pernah mengaku bercinta dengan anda?
Betul begitu. And I have never said (Dan saya tidak pernah cakap) saya ada hubungan dengan siapa-siapa. Jadi, tidak ada apa hendak dicakapkan.
Saya tidak ada di Kuala Lumpur sekarang, tengah menyelam di pulau (tempat dirahsiakan).
Jika tiada hubungan mengapa Lofa perlu beri kenyataan seperti itu (putus cinta)?
Saya rasa apa yang Lofa bagi itu sudah cukup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: