Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, majlis itu diadakan bagi menghormati permintaan ibu bapanya yang mahu bertunang sebelum berkahwin memandangkan dia adalah anak pertama dalam keluarga.
"Benar saya akan bertunang pada 21 Jun ini tetapi ia hanya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat, teman dan wakil media sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Sebelum ini, pelakon drama Misiku Kuza itu mengakui mengenali teman lelakinya menerusi laman Instagram pada awal tahun ini dan memberitahu sudah bersedia untuk berkahwin biarpun usianya masih muda.
Dalam pada itu, Erin berkata, pada majlis itu nanti dia akan memberitahu semua butiran tentang perkahwinannya termasuk tarikh nikah dengan lelaki tersebut kepada pihak media.
"Masa majlis itu nanti tanyalah apa sahaja mengenai perancangan perkahwinan saya akan beritahu semua," ujarnya.
Sementara itu, Erin berkata, persiapan untuk majlis pertunangan tersebut sedang dijalankan dan memberitahu ibunya adalah orang paling teruja apabila dia memberitahu ingin bertunang.
Jelas Erin lagi, ibunya juga orang yang paling sibuk membuat persiapan memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka.
"Biasalah ibu paling sibuk dan gembira sekali dan mahu majlis itu berlangsung dengan penuh adat tetapi secara sederhana sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, Erin berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama sebelum mengambil cuti untuk majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: