Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir berkata, dia yakin setiap empat artis naungannya itu mempunyai aura yang tersendiri dalam menarik perhatian peminat-peminat muzik tempatan.
"Seperti Waris dan Mark Adam, orang dah kenal menerusi lagu-lagu popular mereka.
"Manakala Juzzthin dan Karmal pula masih baru. Ketika mereka mengadakan persembahan di gig, saya nampak kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton tanpa perlu memiliki wajah yang kacak.
"Cukup mempunyai aura dan persanoliti yang menarik," katanya.
Fuzz ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi artis-artis naungannya This Is Mixology Music di pejabat Warner Music Malaysia di sini pada Isnin.
Hadir sama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy.
Menerusi album tersebut, sebanyak 16 buah lagu dimuatkan seperti Rembau Most Wanted, Pencuri, Botingkek, Can't See Me dan Sunset Boulevard.
Sementara itu Fuzz berkata, dia gembira dengan perkembangan muzik hip hop kembali menjadi trend di dalam industri muzik tempatan.
"Keadaan itu membuat penggiat muzik hiphop kini mula bergiat aktif menghasilkan pelbagai lagu baharu.
"Menarik lagi zaman ini muzik hip hop bukan menjadi satu genre semata-mata tetapi ia turut digabungkan dengan muzik genre lain seperti pop, balada dan rock dalam menghasilkan sesebuah lagu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: