Julung kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, Taylor yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy tampil mantap menerusi lagu pertama berjudul State of Gracesambil diiringi enam pemuzik.
Selesai menyanyikan lagu pertama, Taylor meneruskan persembahan dengan dua buah lagi lagu iaitu Holy Ground dan Red sebelum mengambil kesempatan menyapa para peminatnya yang hadir pada malam itu.
Swift sempat memberitahu penonton yang hadir dia seronok berpeluang bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur dan teruja dengan sambutan yang diberikan dan berharap semua yang hadir akan terhibur dengan persembahannya.
Malah Taylor juga banyak berkongsi tentang pengalamnya sepanjang bergelar artis dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada peminatnya yang rata-rata golongan remaja untuk terus mengejar cita-cita.
Penyanyi dan penulis lagu itu turut tampil dengan alat muzik banjo untuk meneruskan persembahan dengan lagu Mean yang turut dinyanyikan oleh para peminatnya.
Peminat semakin teruja apabila Taylor tampil dengan gaun merah untuk menyanyikan lagu The Lucky One yang turut disertai oleh barisan penarinya di atas pentas.
Menariknya, Taylor tidak gentar untuk turun dari pentas ketika mendendangkan lagu 22 sebelum untuk ke pentas kedua bagi mendekati peminatnya yang berada jauh dari pentas utama.
Konsert semakin meriah apabila penonton mula menjerit sebaik alunan muzik lagu kegemaran ramai, I Knew You Were Trouble dimainkan dan penyanyi itu kembali semula ke pentas utama dengan tarian rancak bersama barisan penari.
Persembahan pada malam itu tidak lengkap tanpa lagu Love Story dan konsert menutup tirai dengan lagu yang dinanti-nantikan penonton iaitu We Are Never Getting Back Together dengan persembahan berlatarkan suasana sarkas.
Selain Malaysia, Swift turut mengadakan konsertnya di Manila, Filipina, Singapura dan Indonesia namun terpaksa membatalkan persembahan di Bangkok, Thailand ekorang krisis politik dihadapi negara berkenaan.
Dalam perkembangan lain, AIA Berhad selaku penaja utama Red Tour di negara ini sempat menganjurkan The AIA Red Party di The Square Publika bagi meraikan peminat Taylor sebelum konsert berlangsung.
Ratusan peminat berkumpul bagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian terbaik, berjalan di red carpet serta mengambil gambar di pelbagai ruangan bergambar yang menampilkan latarbelakang prop ‘funky’ serta keratan gambar Taylor Swift dengan saiz sebenar.
Salah seorang peminat iaitu Ashley Tay berjaya membawa pulang dua tiket untuk ke AIA Real Life Now Festival 2014 dan akan dapat menyaksikan persembahan Lady Gaga, PSY dan Big Bang di Seoul, Korea pada 15 dan 16 Ogos depan.
Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: