Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.
"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.
Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.
"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.
Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.
Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.
"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.
Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: