JEMPOL – Peneroka Felda Pasoh Tiga di sini tampil dengan idea kreatif apabila mengguna hon motosikal untuk mengejutkan penduduk bersahur sepanjang Ramadan ini.
Aktiviti bagi memeriahkan bulan puasa itu dianjurkan Kelab Seni Budaya Felda Pasoh Tiga menerusi program Hon-hon Sahur bermula awal pagi semalam.
Penyelaras program, Jeffry Ros Abu Kassim berkata, peneroka beramai-ramai mengelilingi kawasan Felda berkenaan sambil membunyikan hon motosikal sebagai tanda untuk bersahur bermula pukul 4 pagi selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: