Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 24, berkata ia sebenarnya merupakan perkara yang biasa diamalkan dalam dunia muzik namun dia pelik apabila ada segelintir pihak cuba memperbesar-besarkan isu tersebut.
"Macam biasa, saya akan terus hasilkan lagu-lagu berbentuk sampling untuk album terbaharu saya yang dijangka berada di pasaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
"Kita lihat saja, ada tak sesiapa yang dapat meneka lagu yang saya ambil itu siapakah penyanyi asalnya," kata Waris kepada mStar Online.
Sebelum ini, single lagu pertama, Botingkek nyanyian Waris ditolak daripada Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) kerana ia dikatakan karya ciplak daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future.
Sementara itu, mengenai projek album terbaharu, Waris berkata sebanyak 13 daripada 23 buah lagu dipilih untuk dimuatkan dalam album tersebut dan kesemua karya itu menggunakan dialek Negeri Sembilan.
"Untuk album pertama, lirik-lirik yang dibawakan lebih kepada membuat pengenalan mengenai sejarah serta cerita-cerita mitos Negeri Sembilan.
"Ia juga berdasarkan pengalaman kisah-kisah masyarakat kampung negeri itu yang sering diceritakan oleh nenek saya ketika kecil dahulu. Tidak dinafikan, bagi mengukuhkan isi cerita, saya membuat sedikit kajian," ujarnya yang popular dengan lagu Gadis Jolobu yang turut menampilkan rakaman suara Datuk Hattan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: