- Suspek direman tujuh hari berhubung kes menyerahkan bungkusan dadah disyaki ganja kepada seorang pesalah.
KLANG - Berani tidak bertempat, malah tindakan seorang lelaki akhirnya memakan diri sendiri apabila dia diberkas polis gara-gara mengedar bungkusan dadah kepada seorang pesalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Dia didakwa memberikan bungkusan mengandungi 37 kapsul dadah disyaki ganja kepada pesalah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika kejadian pada 11.30 pagi itu, suspek tiba-tiba menghampiri pesalah berkenaan yang sedang diiring keluar oleh polis dari kamar mahkamah untuk ke lokap sementara.
Katanya, suspek dilihat menyerahkan satu bungkusan beg plastik putih kepada pesalah itu bagaimana pun anggota yang bertugas berjaya merampas bungkusan itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan tersebut mengandungi 37 ketulan berbentuk kapsul disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 160 gram,” katanya.
Kamarul Zaman berkata lelaki yang berumur 25 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu ditahan untuk siasatan lanjut berhubung tindakannya selain mengenal pasti hubungan suspek dengan pesalah berkenaan.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: