Thursday, February 13, 2014

Tiba Masa Shaheizy Sam Pilih Filem Berkualiti


Shaheizy Sam Abdul Samad
PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui sudah tiba masanya untuk dia menyambung perjuangan meningkatkan mutu industri filem tempatan dengan terlibat melalui filem-filem berkualiti.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, dia hanya akan memilih filem yang dapat membantu industri perfileman dan secara tidak langsung memberi kepuasan kepada kerjayanya itu.
"Ia adalah perjuangan asal saya ketika mula-mula jadi pelakon, namun saya tidak mampu untuk melakukannya ketika itu kerana saya perlukan duit untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
"Sekarang apabila sudah selesa, barulah saya boleh memilih untuk berlakon filem-filem yang benar-benar memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon seperti filemSonglap," katanya ketika ditemui pada pelancaran single baharunya berjudul Bangunbersama pelakon Liyana Jasmay, di Talent Lounge, di sini, Rabu.
Sam dan Liyana Jasmay bergabung menyanyikan lagu 'Bangun'.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapore, Darren Choy, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle (Malaysia), Jasmmine Wong, dan komposer, Audi Mok.
Dalam pada itu Sam juga bakal kembali berlakon drama yang dirasakan mempunyai skrip yang bagus.
Ujarnya, kepuasan seorang pelakon boleh didapati dalam lakonan drama berbanding filem.
"Penjiwaan watak untuk filem dan drama berbeza, lebih-lebih lagi drama bersiri, yang mana saya dapat rasakan kepuasan yang maksimum.
"Insya-Allah, selepas ini saya akan kembali beri tumpuan kepada drama terutamanya kepada drama yang mempunyai skrip yang kuat," katanya.
Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapore, Darren Choy (dari kiri), Liyana Jasmay, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle (Malaysia), Jasmmine Wong, dan komposer, Audi Mok.
Sementara itu, single Bangun yang dihasilkan adalah khas buat peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjayanya dalam industri seni.
Katanya, lebih istimewa lirik lagu Bangun ini turut disumbangkan oleh peminat-peminat melalui kempen yang dianjurkan oleh Nescafe.
Tambah Sam, dia menerima sebanyak 50 ribu lirik sepanjang dua bulan kempen Nescafe On Sam berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: