- Zainul (kanan) dan Hafiz (kiri) bersama pemenang cabutan bertuah mata ganjaran Bonuslink, di sini.
Pengurus Kanan Akaun BonusKad Loyalty Sdn Bhd Zainul Iqbal berkata, dengan jumlah pemegang kad lebih sembilan juta di seluruh negara, Bonuslink yakin mencapai sasaran tersebut.
Menurutnya, dengan peningkatan ekonomi dan kuasa beli pengguna yang mempunyai kad Bonuslink lebih banyak mata ganjaran juga dapat dikumpul.
“Jumlah pemegang kad Bonuslink sentiasa meningkat dari semasa ke semasa,” katanya selepas Majlis Cabutan Bonanza 100 Juta Mata Ganjaran Bonuslink bersama Shell di Kuantan, Pahang.
Hadir sama, Pengurus Peruncitan Shell Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Azizan.
Sementara itu, Hafiz berkata, kerjasama bersama Bonuslink sejak 15 tahun lalu banyak mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap syarikat tersebut.
“Kuantan adalah lokasi ketiga cabutan ini, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.
Pada majlis itu, Chen Lai Peng dari Kuantan berjaya mendapat 100 juta mata ganjaran diikuti Mohd Faizal Samsuddin, dari Kuala Terengganu dan Azaidah Syairi Abd Aziz.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: