- Tertuduh (kanan) dibawa keluar daripada mahkamah setelah dijatuhi hukuman penjara tiga bulan, semalam.
Demikian rayuan, seorang pemandu lori, Sha’Arani Mat Saman, 46, berasal dari Tanah Merah, Kelantan di hadapan Majistret Jessica Daimis, dekat sini, semalam.
Jessica Daimis kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan berkuat kuasa daripada tarik mula ditangkap selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri kabel tembaga milik majikannya.
Tertuduh telah mencuri wayar kabel tersebut lebih kurang 20 kaki dengan anggaran kerugian bernilai RM5,000 kira-kira jam 3.30 petang di G.Karuna Lorry Transport Sdn Bhd, mukim Sungai Karang pada 1 Februari lepas.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, bagaimanapun merayu dikenakan hukuman ringan kerana terpaksa menanggung lima orang anak masih bersekolah dan seorang isteri yang tidak bekerja.
Sementara itu, tertuduh ada memberikan alasannya kepada mahkamah bahawa tindakannya mencuri dengan niat untuk menjualnya bagi mendapatkan duit lebih berikutan tidak cukup duit untuk menyara keluarga.
Jessica sempat memberikan nasihat agar tertuduh tidak lagi mengulangi perbuatannya menjadi seorang pencuri untuk menambah ekonomi keluarga malah mencari jalan yang lebih baik dan tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Fatinah Abu Bakar, manakala Sha’Arani tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: