- Tertuduh (tengah) akan dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman.
Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Ghapi Muhamad, 47, dari Kampung Biak, Kuala Krai, mengaku bersalah.
Tertuduh didakwa dengan curang memiliki lori Isuzu milik Norhayati Che Mat, 41, di Kompleks Imigresen, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 6 pagi, 27 Januari. Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu, pengadu, Ismail Zakaria, yang sedang tidur di rumahnya di Kampung Tukol Peringat, Melor, jam 3.30 pagi, terjaga selepas terdengar bunyi teriakan dan enjin lori yang dihidupkan dari arah depan rumah.
Pengadu diberitahu isterinya bahawa anak lelaki mereka Rosli Ismail, 40, sedang memanjat belakang lori yang sedang dicuri beberapa penjenayah.
Tanpa menghiraukan Rosli, beberapa lelaki berkenaan kemudian memecut lori tersebut tanpa arah yang diketahui menyebabkan pengadu bertindak ke balai membuat laporan.
Setengah jam selepas itu, pengadu terima panggilan daripada anaknya itu dan memaklumkan dia dipukul dan mengalami patah kaki serta ditinggalkan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal, Ketereh.
Pengadu jumpa anaknya dalam keadaan kesakitan dan memberitahu dia dipukul empat lelaki tidak dikenali serta melanggarnya dengan motosikal menyebabkan kakinya patah dan lori pula berjaya dilarikan.
Pada jam 6 pagi, hari sama, tertuduh ditahan ketika cuba bawa masuk lori tersebut ke Thailand. Lori itu kemudian dirampas untuk tindakan selanjutnya.
Pada prosiding semalam, tertuduh menafikan dia memukul mangsa dan mendakwa memperoleh lori itu daripada individu lain.
Nik Habri kemudian menasihatkan tertuduh mengambil pengajaran daripada hukuman tersebut dan tidak ulanginya lagi. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: