Zaleha, 56, berkata, setiap hari dia akan mengkaji tentang jawapan yang diberikan oleh peserta lain dan membuat carian di Google untuk mendapatkan jawapan yang tepat peraduan itu.
"Setiap hari saya akan mengkaji tentang peraduan ini. Saya juga akan catat siapakah nama selebriti yang disebut oleh para pendengar lain selain klu yang diberikan oleh juri.
"Alhamdulillah setelah tiga kali berusaha meneka peraduan itu, akhirnya percubaan saya membuahkan hasil," ujarnya.
Zaleha menjawab dengan tepat pada segmen Selamat Malam Suria bersama Bob Ringgo yang disiarkan pada 19 April lalu dengan meneka ketawa penyampai radio JJ dari Red FM, Rozita Che Wan, Datuk Aziz Satar, Jaclyn Victor dan Aliff Aziz.
"Insya-Allah wang ini saya akan simpan untuk pendidikan anak-anak dan saya juga ingin mendermakannya kepada masjid-masjid yang saya kunjungi”, katanya.
Sementara itu, bagi Roslinawati Ismail dari Jinjang Utara, Kuala Lumpur yang menjadi peserta kedua memenangi wang tunai sebanyak RM12,000 berkata, dia bertuah apabila pemanggil sebelumnya telah menyusun dengan betul empat ketawa selebriti dengan tepat.
Roslinawati, 30, berkata, dia hanya mencuba nasib dengan meneka ketawa terakhir yang disiarkan adalah milik penyanyi Stacy dan tidak menyangka ia tepat.
"Empat ketawa selebriti telah disusun dengan betul oleh pendengar sebelumnya cuma ketawa selebriti kelima tidak tepat.
Roslinawati menang wang berkenaan menerusi segmen Ceria Petang bersama Linda Onn pada 26 April lalu apabila berjaya menyusun ketawa Alyah, Black, Ayu Damit, Awi Rafael dan Stacy.
Majlis penyerahan cek kepada dua pemenang tersebut telah diadakan di studio Suria FM pada 7 Mei lalu oleh penyampai radio stesen itu, Seri (Santai Ceria) dan Wan Ajaib (Grandstand Suria).
Peraduan berkenaan masih berbaki dua minggu lagi dan para pendengar boleh mendengar Suria FM untuk memperoleh isyarat memanggil selain mendapatkan klu di www.suriafm.com.my dan Facebook Suria FM.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: