Thursday, May 16, 2013
Perhilitan tangkap 8 ekor gajah
SUNGAI SIPUT – Lapan ekor gajah termasuk seekor yang baru dilahirkan berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di sebuah kawasan kebun getah di Felda Lasah di sini.
Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kesemua gajah tersebut ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali sejak Sabtu lalu.
Katanya, tiga ekor gajah betina dan lima ekor gajah jantan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Piah, Lenggong kira-kira 30 kilometer dari sini.
“Pihak Perhilitan Perak telah menerima aduan daripada penduduk mengenai kulit pokok getah mereka dimakan oleh gajah pada 2 Mei lalu dan sejak itu kita mula memantau kawasan kebun getah di sini untuk mengesan binatang berkenaan.
“Kita mula menangkap gajah tersebut pada Sabtu lalu dan sehingga semalam, kita telah dapat menangkap lapan ekor gajah.
“Hasil operasi yang dijalankan, kita percaya telah dapat menamatkan ancaman haiwan liar itu terhadap tanaman dan penduduk di Felda Lasah,” katanya ketika ditemui semasa operasi menangkap gajah di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: