Meski pun begitu, akui bintang filem Gangster Celop ini, dia amat mementingkan penjagaan kesihatan serta kecantikan dalaman dan luaran. Jom kita ikuti amalan kesihatan dan kecantikan empunya nama, Hanis Zalikha ini.
Anda bertuah kerana memiliki tubuh yang langsing, apakah yang anda lakukan untuk mengawal berat badan anda?
Sebenarnya saya sangat suka menari kerana ia merupakan senaman yang enjoy dan tidak membosankan. Bagi saya, menggerakkan badan mengikut alunan muzik memang mengasyikkan. Yang penting, saya puas melakukannya kerana ia membuatkan saya berpeluh dan mampu menjaga kesihatan serta menurunkan berat badan saya.
Berapa kerap anda menari?
Biasanya saya akan lakukannya selama 30 minit setiap hari. Ia tidak memerlukan waktu yang khusus dan secara logiknya, dengan menari ia dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan tenaga dan menguatkan otot-otot badan.
Boleh kongsi produk kesihatan yang anda gunakan?
Mama saya ada perkenalkan produk kolagen kepada saya dan saya telah mengamalkannya selama tiga tahun. Sepanjang menggunakannya, ia amat berkesan untuk kulit dan sendi di tubuh kita.
Selain mengambil kolagen, adakah anda ada amalkan makanan tambahan yang lain?
Ya, saya juga amalkan makanan tambahan yang lain. Ia penting untuk memberikan tenaga yang cukup selepas sibuk dengan penggambaran dan tugasan. Bagaimanapun, saya tidak sesekali mengambil sebarang suntikan.
Tip lain yang boleh anda kongsi...
Sudah menjadi amalan saya untuk minum susu setiap hari sebelum tidur. Paling penting banyakkan makan ulam dan buah-buahan. Dalam pada itu, saya juga sering meminum teh hijau selain memastikan saya mendapat tidur secukupnya setiap hari.
Berbalik kepada penjagaan wajah pula, apa yang anda lakukan supaya kulit sentiasa bersih dan sihat?
Oleh kerana sering mengenakan solekan ketika penggambaran, saya akan mencuci muka sebelum tidur dengan sebersih-bersihnya untuk memastikan solekan tidak melekat pada kulit wajah. Ini penting bagi mengelakkan kulit saya menjadi kusam.
Bagaimana pula dari segi penjagaan rambut?
Bagi rambut pula saya amalkan mencuci rambut pada waktu malam. Ini kerana jika rambut dicuci pada waktu siang, ia akan menggerbang.
Sedikit mengenai gaya fesyen anda...
Saya seorang yang simple dan biasanya saya selesa tampil sederhana dalam berfesyen. Saya tidak suka memakai pakaian yang terlalu outstanding.
Aktiviti anda jika mempunyai masa lapang?
Saya seorang yang sangat rapat dengan keluarga, jadi, bila ada masa terluang saya pasti akan bersama mereka melakukan pelbagai aktiviti. Kami paling suka membeli-belah atau berkaraoke bersama. Dalam pada itu, saya juga suka menghias bilik.
Mengenai Hanis Zalikha:
Suka benda manis seperti coklat
Seorang yang pemalu
Seorang yang garang dengan adik-beradik
Mamanya, Nani Rostam adalah jurusolek peribadinya
Gemar melakukan aktiviti ekstrem
Profil
Nama : Hanis Zalikha Zainal
Tarikh Lahir : 9 Oktober 1990
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Ketinggian: 168 sentimeter
Berat: 50 kilogram
Adik-beradik: Anak kedua daripada tujuh beradik
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: