Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun
Aizat Amdan
Aizat Amdan
Kamal Adli
Kamal Adli pertaruh aksi komedi dalam Gangster Celop.
Zaman persekolahan dikatakan zaman yang paling indah bagi setiap insan. Pastinya pelbagai kisah dan peristiwa tersisip kemas dalam ingatan termasuklah kepada mereka yang bergelar selebriti. Sempena sambutan Hari Guru ini, kita ikuti kisah selebriti bersama guru-guru mereka!

Bercakap tentang sambutan Hari Guru, pastinya saya tidak akan melupakan jasa ibu saya, Alawiyatuh Bt Abd Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Convent Kajang. Jujurnya saya berbangga dan berterima kasih kepada beliau yang bersungguh mengajar anak bangsa agar berjaya. Bagi saya beliau seorang guru yang sangat cool dan sporting” – Kamal Adli

Zaman sekolah, saya merupakan pelajar yang aktif bersukan. Jadi saya rapat dengan guru sukan yang namanya Cikgu Zurina Pahad. Beliau banyak memberi galakkan kepada saya dan satu yang menarik tentang beliau ialah tidak memanjakan anak murid sungguhpun mempunyai hubungan yang erat dengan muridnya. Sehingga sekarang, saya berhubungan dengan beliau kerana saya percaya banyak ilmu yang kita perolehi daripada seorang guru”- Memey suhaiza

Saya seorang yang agak nakal dan hanya meminati subjek Bahasa Melayu dan sastera. Sikap nakal saya ini menyebabkan cikgu kurang memberi tumpuan kepada saya dan memberi kata-kata yang negatif. Tetapi di Tingkatan 5 saya cuba menyasarkan keputusan yang baik dan hasilnya saya berjaya mendapat ‘A’ untuk subjek BM. Menariknya, guru BM itu sendiri yang menyerahkan keputusan itu kepada saya. Sempena Hari Guru ini, saya berterima kasih kepada mereka kerana kata-kata negatif itu merupakan satu cabaran yang positif kepada saya sebenarnya” – Zahiril Adzim

Sekolah dahulu saya aktif bersukan khususnya dalam bola jaring dan bola baling. Jadi disebabkan selalu berlatih, saya sering lambat masuk ke kelas dan ditahan di bilik disiplin. Cikgu sukan biasanya akan datang membantu kerana saya selalu ugut-ugut manja yang saya tidak akan berlatih kalau mereka tidak bantu saya selamatkan diri dari cikgu disiplin. di kesempatan ini saya ucapkan selamat hari guru  kepada guru di sekolah Air Panas Girl School dan Sekolah Menengah Taman seraya, Cheras” - Siti Elizad

Tiba sambutan Hari Guru, pasti saya teringat kepada guru saya di St John, Puan Rubiah. Beliau merupakan penyokong awal saya semasa hendak bertatih dalam industri ini. Saya terhutang budi kerana sikap beliau yang mengambil berat terhadap saya hinggakan sering belanja saya sekiranya terlepas waktu rehat disebabkan sibuk berlatih. Beliau juga menyediakan bilik khas untuk saya berlatih. Jasa besar beliau ini akan saya ingat sampai bila-bila”– Aizat

Saya bersekolah di banyak tempat dan oleh sebab itu saya punya ramai cikgu yang rapat. Tetapi semasa di MRSM Kulim, saya rapat dengan cikgu Hamid. Beliau saya anggap sebagai pengganti kepada ibu bapa. Kalau hendak pergi ke bank, ke kedai buku, atau ke mana-mana beliaulah yang akan hantarkan. Jasa beliau tidak akan saya lupakan dan saya berharap beliau dalam keadaan sihat untuk mendidik anak bangsa”– Hafiz Hamidun

Saya bersekolah di Sekolah Taman Melawati dan merupakan seorang yang aktif bersukan. Disebabkan aktif dalam sukan Bola baling dan acara rejam lembing, saya lebih rapat dengan guru sukan. Sekarang ini, apabila terjumpa dengan bekas guru, apabila ditegur mereka masih ingat kepada kita. Itu menimbulkan keseronokan kepada saya untuk meneruskan hubungan baik dengan orang yang mendidik kita” - Sheera Iskandar