|
BUENOS AIRES, Argentina - Bandar peranginan Epecuen di negara ini yang dibanjiri dengan air masin selama suku abad kini kembali menjadi daya tarikan pelancong.
Ia menjadi daya tarikan pelancong selepas air yang memenuhi bandar itu kembali surut.
Bandar itu dipenuhi dengan air masin selepas berlaku ribut yang membawa hujan lebat pada 10 November 1985.
Air masin itu membanjiri bandar ini selepas ia melimpah dari sebuah tasik akibat hujan lebat.
Ketika ribut itu berlaku, orang ramai melarikan diri dan dalam tempoh beberapa hari sahaja, rumah-rumah mereka ditenggelami air masin yang setinggi hampir 10 meter.
Sebelum ribut itu berlaku, Epecuen dikunjungi seramai 20,000 orang bagi setiap musim percutian untuk mandi air masin dan menggunakan kemudahan spa.
Tasik di bandar ini mempunyai garam 10 kali ganda daripada lautan menyebabkan badan para pelancong akan terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat.
Perjalanan dengan menggunakan kereta ke Epecuen dari bandar raya Buenos Aires memakan masa selama enam jam dengan melalui jalan di kawasan luar bandar sejauh 550 kilometer.
Para pelancong kini datang untuk melihat kenderaan, perabot dan rumah yang sebelum ini ditenggelami air masin di bandar itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: