Pemiliknya, Zulfaharudin Tulus, 30, berkata, dia yang menerima wang itu daripada majikannya semasa menerima gaji awal bulan ini mengakui pada mulanya tidak sedar sekeping not RM10 itu mempunyai kelainan tersendiri.
Menurutnya, dia menyedari kelainan itu ketika menyusun wang tersebut sebelum dimasukkan ke dalam dompet untuk membeli barang di kedai berhampiran.
“Bahagian depan duit ini mempunyai gambar Yang di-Pertuan Agong yang tidak jelas selain tidak punya tandatangan gabenor. Malah perkataan Bank Negara Malaysia dan warnanya juga sangat pudar.
"Bagaimanapun, ia mempunyai jalur keselamatan apabila dilihat di bawah cahaya lampu atau matahari selain mempunyai nombor siri QN3868229. Peliknya bahagian belakang wang ini tidak mempunyai sebarang kecacatan dan kelihatan seperti wang baru,” katanya.
Zulfaharudin berkata, bagi memastikan not RM10 itu bukan wang palsu, dia merujuk ke beberapa bank di sekitar bandar ini dan hasil proses imbasan dan semakan nombor sirinya membuktikan wang berkenaan adalah asli.
“Buat masa ini saya belum bercadang untuk menyerahkan wang itu kepada Bank Negara dan berhasrat menyimpannya untuk kenangan.
“Kepada yang berminat menjadikan ia barangan koleksi boleh berhubung dengan saya,” katanya.
Sebelum ini, penduduk Kampung Batu 20, Sengkang, di Ledang, heboh selepas lebih tiga peniaga kedai makan mengakui ditipu dengan wang kertas RM100 yang kelihatan asli, tetapi palsu.
SEJARAH KEDAULATAN NEGARA RM10 RINGGIT MALAYSIA TERSERLAH DI MATA DUNIA
ReplyDeleteBISMILLAH YA ALLAH TUNJUKANLAH HAMBA MU INI JALAN YANG LURUS HAMBA YANG BUTA HURUF, UMMI, TIDAK TAHU MEMBACA, TIDAK TAHU MENULIS YA ALLAH KEPADA MU HAMBA SERAHKAN SEGALANYA, HAMBA MENUNGGU KEPUTUSAN MU YA ALLAH, RAJA YANG MAHA SUCI YANG MAHA MULIA EMPUNYA KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, AMEEN.
ReplyDeleteBISMILLAH ALHAMDULILLAH SYUKUR SEGALA SEGALA PUJI PUJI BAGI ALLAH RAJA SERU SEKALIAN ALAM MY NAME ZULFAHARUDIN@AHMAD MUHAMMAD BIN ABDULLAH
ReplyDelete