Sunday, December 16, 2012

Usaha Pfizer Malaysia

Pneumokokal turut menyerang golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah.
DALAM memberi kesedaran tentang penyakit pneumokokal yang boleh membawa kepada kecacatan dan kematian, syarikat farmasutikal terkenal, Pfizer Malaysia memperkenalkan vaksin konjugat Pneumokokus Pfizer bagi dewasa yang dikenali sebagai Prevenar 13.
Menurut Pengarah Perubatan Pfizer, Dr. Vicknesh Welluppillai, produk yang pertama kali dilancarkan pada April 2011 itu turut diterima baik di 52 negara.
“Di Singapura, vaksin ini telah diperakui sebagai vaksin aktif bagi menangani masalah pneumonia atau penyakit jangkitan lain yang berpunca daripada bakteria streptococcus pneumonia untuk golongan dewasa yang berusia 50 tahun ke atas.
“Baru-baru ini pula Malaysia menggunakan Prevenar 13 sebagai vaksin aktif yang membantu mencegah jangkitan penyakit seperti pneumonia dan otitis media akut," katanya.
Selain itu Dr. Welluppillai, pihaknya turut menjalankan program kesedaran kepada orang ramai yang dinamakan Bola Kehidupan
Bola tersebut yang berbentuk zorb ditempatkan selama tiga minggu di beberapa lokasi sekitar ibu kota untuk mendedahkan kepada orang ramai terhadap penyakit ini dan mengajak mereka menyokong memeranginya.
Dengan satu tanda tangan di bola kehidupan tersebut, orang ramai perlu berikrar menyokong membantu mengurangkan kadar penyakit ini daripada terus merebak.
Sebanyak 11,476 ikrar atau tandatangan telah diperolehi dalam program tersebut yang pada mulanya dianggar hanya 3,000 tandatangan diperoleh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: