Tuesday, December 18, 2012

Psy menari tarian kuda di Toronto


SALAH satu gaya Psy.


TORONTO, Kanada - Penyanyi rap Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kuda, Psy menggegarkan sebuah stadium di Toronto menerusi persembahannya kelmarin.
Dia menari tarian itu semasa perlawanan bola sepak Amerika antara kelab Buffalo Bills dan Seattle Seahawks berhenti rehat.
Psy, 34, yang memakai cermin mata hitam, seluar panjang dan jaket berwarna hitam menari tarian tersebut di atas sebuah pentas kecil bersama beberapa penari latarnya.
Menurut portal berita CBC News semalam, para penonton turut menari tarian tersebut selepas diminta oleh penyanyi tersebut.
Muzik video penyanyi tersebut yang menunjukkan dia menari tarian kuda di laman YouTube, Gangnam Style telah ditonton lebih 969 juta kali sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: