Tuesday, December 25, 2012

Pelajar Politeknik terbitkan Dapur Kampus


MOHLIS (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar Politeknik yang mengambil bahagian dalam rancangan Dapur Kampus Bersama Polycuisine di Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Para peminat rancangan berkonsepkan seni kulinari kini berpeluang mempelajari pelbagai resipi menarik menerusi program televisyen baharu iaitu Dapur Kampus Bersama PolyCuisine yang bakal ditayangkan di saluran RTM1 mulai Januari ini.
Program tersebut agak unik kerana ia merupakan rancangan terbitan pertama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengetengahkan kebolehan pelajarnya mengasah kemahiran, inovasi dan keusahawanan dalam bidang masakan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPP, Datuk Mohlis Jaafar berkata, program tersebut disasar untuk menjadi salah satu rancangan berimpak tinggi yang menumpukan kepada kemahiran terutamanya pelajar tahun akhir bagi membuktikan mereka memiliki kebolehpasaran tinggi.
“Secara tidak langsung ia membuktikan bahawa JPP tergolong dalam institusi peneraju bidang pendidikan teknik dan vokasional nombor satu di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: