Friday, December 7, 2012
New Image hasil jutawan bumiputera
KUALA LUMPUR - Syarikat pengedar produk pelangsingan badan yang popular dengan jenama Alpha Lipid SD II, NZ New Image Sdn. Bhd.(New Image) optimis untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya.
Eksekutif Pemasarannya, Rosmaliza Miswan berkata, ini dapat dilihat daripada kecemerlangan yang diperoleh 700 orang pengedar syarikat tersebut yang diraikan dalam majlis 60th Malaysian Royalty di sini pada 18 November lalu.
Majlis yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu menyaksikan kesemua mereka menerima royalti bonus berjumlah RM14.7 juta.
Rosmaliza berserta seorang lagi pengedar, Norazuan Osman merupakan antara pengedar yang menerima royalti bonus tertinggi RM300,000 seorang.
"Kami berbangga kerana kesemua pengedar yang menerima durian runtuh itu terdiri daripada usahawan bumiputera.
"Kami mahu melihat lebih ramai yang terlibat dan berjaya meraih pendapatan yang lumayan pada tahun depan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: