Wednesday, December 12, 2012

Moore belum lupa Kutcher


DEMI MOORE kini menjalin hubungan dengan seorang pemuda berusia 26 tahun.


TINDAK-TANDUK pelakon terkenal Demi Moore yang aneh dan luar biasa ketika menghadiri sebuah parti bersama penyanyi Lenny Kravitz di Miami, Florida baru-baru ini mengundang rasa tidak senang ramai pihak.
Ada pakar beranggapan bahawa tindakan pelik serta keputusannya untuk mula menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda, Vito Schnabel, 26, sebenarnya satu protes akibat kegagalan perkahwinannya dengan aktor Ashton Kutcher.
Kata seorang psikiatri, Dr. Carole Lieberman, Moore berkemungkinan masih belum dapat melupakan bekas suaminya dan dia percaya bahawa pelakon itu sedang berdepan situasi sukar pada masa ini.
"Demi Moore sebenarnya belum dapat melupakan Ashton Kutcher walaupun tempoh perpisahan itu sudah lama. Dia sukar melupakan ketagihannya terhadap banyak perkara dan hal ini menyebabkan perangainya berubah-ubah secara drastik terutamanya apabila mengunjungi parti selebriti. Emosi yang tidak menentu mendorong ke arah sikap yang aneh," kata penulis buku Bad Girls: Why Men Love Them & How Good Girls Can Learn Their Secret itu.
Moore, 50, bertemu Schnabel dalam sebuah parti ulang tahun sekitar bulan November lalu dan mereka dikhabarkan mula menjalinkan hubungan sejak itu.
Bagaimanapun, Dr. Lieberman berpendapat bahawa Moore mendapat semakin banyak kritikan berhubung perbezaan jarak usia mereka dan menyarankan agar orang ramai tidak mengganggu perhubungan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: