|
|
KUCHING – Lima peserta terbaik pada konsert minggu keempat program realiti, Soulstar 2012 baru-baru ini telah diberi peluang membuat persembahan di sebuah bar mini, The Den’s Restaurant di sini malam kelmarin.
Kehadiran Afif, Nadhar, Ary, Jamal dan Iena ternyata menghiburkan tetamu, tenaga pengajar dan penonton apabila mereka tampil dengan persembahan yang santai.
Pengetua Soulstar 2012, Iwan Dasri berkata, pihaknya memberi peluang kepada peserta program realiti musim ketiga itu beraksi pada acara pentas seperti konsert, majlis keramaian mahupun karnival.
Menurutnya, konsep nyanyian di sebuah bar mini sememangnya berbeza kerana peserta mempunyai kebebasan untuk membuat persembahan masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: