Thursday, December 13, 2012

Krisdayanti Selamat Bersalin Anak Lelaki


Kris Dayanti. Foto: Kapanlagi.com
PASANGAN Krisdayanti dan Raul Lemos pasti diulit rasa bahagia apabila penyanyi itu selamat melahirkan anak kedua mereka di hospital RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat, Rabu.
Kris melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram itu secara pembedahan kira-kira pukul 9 pagi selepas dimasukkan ke bilik bersalin pada pukul 8.45 pagi.
"Alhamdulillah, hari ini, 12.12.12, Kris melahirkan seorang putera. Kami memberikannya nama Kellen Alexander Lemos.
Kellen Alexander Lemos
"Saya menemani isteri sebelum dia melalui proses kelahiran kerana saya tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan," katanya kepada portal Kapanlagi.
Sementara itu, doktor yang merawat Kris iaitu Andi Audono, berkata, proses kelahiran tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
"Proses kelahiran anak Kris cepat dan lancar, hanya 40 minit sahaja. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat," kata Andi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: