![]() |
|
KIM TAE-HEE mempunyai pandangan yang tegas tentang isu zina dan pengguguran bayi.
|
"SAYA seorang yang cukup konservatif", kata pelakon Kim Tae-hee mengenai prinsip hidupnya dalam satu temu bual bersama sebuah majalah Korea baru-baru ini.
Tae-hee kemudian memberitahu: "Saya merupakan seorang penganut fahaman katolik. Saya juga berpendapat bahawa berzina dan pengguguran bayi merupakan satu dosa. Saya seorang yang berpendirian teguh berkaitan perkara itu, sehingga ramai yang beranggapan saya seorang yang kolot."
Kenyataan yang dibuat Tae-hee itu telah meraih perhatian umum kerana menjadi kebiasaan golongan artis tidak akan memberi sebarang kenyataan mengenai isu sensitif seperti itu.
Tae-hee yang mula meraih populariti sejak tahun 2003 itu dan bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul, Screen itu kini telah mendapat perhatian daripada banyak pihak.
Antara respons menerusi Twitter daripada orang ramai, berbunyi: "Wow, saya cukup terkejut," "Kim Tae-hee merupakan seorang yang berminda cerdas, manis dan menakjubkan," serta "Saya sangat setuju dengan Tae Hee."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: