Wednesday, December 12, 2012

KDN rampas majalah buka dada


ANGGOTA penguat kuasa KDN memeriksa majalah yang memaparkan gambar wanita dalam keadaan mengghairahkan di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran semalam bertindak menyerbu sembilan buah kedai buku dan merampas kira-kira 300 naskhah majalah berunsur lucah dalam operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Harris Fadzillah Abdul Ghani itu dilakukan di pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Plaza Sungei Wang di sini.
Antara judul majalah yang dirampas ialah Hooters, FHM, Maxim, Tattoos, GQ dan Shape. Bagaimanapun, majalah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang menyiarkan empat keping gambar model Kate Moss tidak memakai coli tidak terdapat di kedai-kedai buku berkenaan.
Turut dirampas ialah majalah High Times dan Weed World yang mengajar cara menggunakan dadah dan menanam pokok ganja.
Menurut Harris Fadzillah, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan majalah yang dijual secara terbuka di premis berkenaan diimport dari negara luar seperti China dan United Kingdom.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: