Friday, December 7, 2012

Jubah pelbagai usia

BERTENAGA...gabungan dua rona terang koleksi Iris bertambah anggun dipadankan selendang Sofea bercorak bunga.
BERTENAGA...gabungan dua rona terang koleksi Iris bertambah anggun dipadankan selendang Sofea bercorak bunga.
SEBELUM memilih busana yang ingin digayakan, pertimbangkan terlebih dulu bentuk badan, ketinggian dan perwatakan bagi memastikan fesyen ditampilkan sesuai dengan diri si pemakai.
Busana yang sepadan dengan diri akan membuatkan penampilan bertambah anggun, yakin dan bertenaga sekali gus menepis jelingan menjengkelkan disebabkan gaya yang pelik serta janggal.
   
  • Foto MUDAH...koleksi Amor dilengkapi blaus dan skirt memudahkan Muslimah bergerak pantas.
  • Foto KASUAL...padanan blaus Flor dan palazo bercorak sesuai digayakan ketika bersantai.
  • Foto SANTAI...blaus polos dan palazo bercorak daripada fabrik denim tampak bersahaja ketika bersantai di hujung minggu.
  • Foto ANGGUN...jubah berpotongan gaun sesuai untuk ke majlis makan malam.
  • Foto EKSKLUSIF...Bellaza Flos untuk mereka yang ingin menutup bentuk badan dan bergaya sopan.
Pemilik butik Aisy, Hartini Ahmad, berkata ramai yang sering membuat kesilapan ketika memilih busana sesuai dengan bentuk tubuh dan ketinggian mereka.

Malah ada juga tanggapan salah mengenai pemakaian jubah iaitu ia hanya sesuai digayakan oleh wanita berusia dan bertubuh kecil. Ini membuatkan Hartini menghasilkan rekaan yang manis digayakan oleh semua peringkat usia.

“Wanita yang memiliki tubuh berisi juga sesuai mengenakan jubah dengan membuat pilihan jenis fabrik dan potongan yang tepat jika ingin mengubah penampilan tampak anggun.

“Wanita yang bertubuh besar sebaiknya memilih potongan kembang, bercorak kecil dan berwarna gelap bagi mengimbangi bentuk badan mereka.

“Bagi si tubuh kecil pula, semua jenis jubah sesuai digayakan. Paling penting adalah pemakaian tudung atau selendang yang harus menutupi seluruh bahagian dada untuk tampil lebih sopan,” jelasnya yang memberi tumpuan pada koleksi jubah moden, pakaian kasual, palazo, skirt, blaus dan selendang.

Konsep yang mudah, ringkas dan selesa dipakai cuba diterapkan dalam semua rekaan ditampilkan butik ini yang mana usaha perniagaannya turut dibantu suaminya, Mohd Nor Ikhram Hanafiah.

Selain potongan busana yang memberi kesan berbeza pada penampilan, pemilihan fabrik digunakan juga penting untuk keselesaan apatah lagi ketika menghadapi cuaca tidak menentu seperti di negara ini.

Menurut Hartini, pemilihan material seperti lycra dan kain kapas lebih sesuai digayakan Muslimah.

“Selain selesa, fabrik berkenaan juga menonjolkan gaya lebih memukau dengan potongan menarik untuk mengekalkan penampilan yang lebih anggun dan sopan.

“Pemakaian fabrik ini untuk menonjolkan kesan alunan pada bahagian bawah busana terutama bagi Muslimah yang mementingkan gaya menawan.

“Banyak menggunakan rona terang, rekaan koleksi ditampilkan untuk Muslimah yang inginkan fabrik bercorak atau polos dan mudah disesuaikan dengan pelbagai majlis istimewa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: