Sunday, December 16, 2012

Hip TV 2013 tanpa Karl Shafek

KARL SHAFEK


MAKIN dipandang makin manis, makin tak kayu juga lakonan pengacara yang sekarang bukan main romantik lagi berlakon dalam drama Cinta Itu Milikku dengan si Emma Maembong. Dah pandai berlakon juga si Karl Shafek itu, maklumlah semenjak berkawan-kawan dan berlakon teater kan, haruslah. Kalau tak pandai lagi, Diva sendiri boleh tolong carikan guru.
Diva bukan sekadar nak kasi puji-pujian tanpa sebab kepada jejaka Pahang yang mesra dipanggil Shafek itu. Cerita sebenarnya, Diva nak buat pengumuman tak rasmi bahawa bermula tahun depan, peminat Hip TV di TV9 tidak akan dapat menyaksikan Shafek dalam rancangan itu sebab kontrak Shafek sudah tamat pada hujung Disember ini.
Diva cuba juga risik-risik, dengarnya Kamal Adli dan Miera Liyana telah pun dipilih untuk mengambil tempat kosong yang akan ditinggalkan Shafek nanti. Kelas kau Shafek, sampai dua orang pelakon popular diambil untuk ganti tempat kau! Jadi lepas ini, tidak tengok muka Shafek sahaja, nampak logo TV9 kat dahinya.
Bagi Divalah, Shafek pun sudah dua tahun buat Hip TV, tanpa kontrak dengan mana-mana stesen nanti, Shafek boleh lebarkan sayap ke mana-mana program pula. Entah-entah dia sendiri sudah ada rancangan besar, mana tahu lepas ini akan dapat gelaran pengacara versatil, siapa tahu. Lagi pun, kasi peluang pula kepada orang baharu untuk panaskan Hip TV yang ala-ala infotainment itu. Nak gempak lagi buat ala-ala E-News, baru kelas.
Diva: Agak trauma dengan berita kecederaan suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K yang jatuh motor di New Zealand. Doa yang baik-baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: