Friday, December 7, 2012
Hanya goncang dan minum
SUASANA di pintu masuk pusat beli-belah Berjaya Times Square hari itu gamat dengan celoteh dua selebriti iaitu Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira. Di suatu sudut lain pula kelihatan orang ramai mengerumuni lokasi permainan Biar Betul Cuba Rasa yang mengkehendaki mereka membancuh minuman coklat mengikut arahan tersedia.
Bancuhan tidak boleh dilakukan semberono kerana ia akan mempengaruhi rasa sebenar minuman berzat coklat keluaran pertama Dutch Lady Malaysia itu.
Bagi membuktikan ia mudah dibancuh, para peserta akan mengikut arahan promoter bertugas supaya mereka dapat menghasilkan rasa minuman coklat sebenar.
Masing-masing sibuk meletakkan empat sudu serbuk minuman coklat Dutch Lady ke dalam satu bekas khas kemudian menambah 200 mililiter (ml) air panas dan menggoncangkannya hingga sebati.
Penyediaannya sangat mudah hingga ia boleh dibancuh kurang daripada seminit.
Hari itu, suasana majlis pelancaran serbuk minuman berzat coklat Dutch Lady bertambah meriah kerana orang ramai yang lalu-lalang berpeluang menikmati minuman coklat baharu Dutch Lady secara percuma.
Ketika masing-masing menikmati hidangan minuman percuma sambil menonton tayangan video The Journey Of Green Truck, hadirin dikejutkan dengan kemunculan tersebut di hadapan mereka tidak lama kemudian tanda gimik pelancaran.
Trak promosi
Sebelum ini, beberapa trak promosi telah dihantar ke beberapa kawasan strategik agar lebih ramai orang dapat menikmati minuman lazat tersebut melalui pemberian sampel.
“Ini merupakan kali pertama kami meneroka segmen minuman berzat coklat dan ia amat membanggakan apabila melihat golongan kanak-kanak dan dewasa menikmati minuman coklat Dutch Lady.
“Produk ini dirumus khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah kaji selidik yang mendalam dijalankan, minuman coklat Dutch Lady telah dirumus dengan campuran coklat dan susu yang tepat,” kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.
Berlandaskan moto Keenakan Coklat Dengan Kelebihan Susu, minuman berzat coklat khas untuk dinikmati seisi keluarga menjanjikan pengalaman istimewa.
Dengan gaya penyediaan EzyMix, pengguna hanya perlu menggunakan air panas untuk jamuan yang menyenangkan atau menambah kiub ais untuk minuman sejuk yang menyegarkan.
Selain bahan-bahan utama iaitu susu tepung dan koko, minuman coklat Dutch Lady juga diperkaya dengan Omega 3 dan 6, mineral seperti kalsium, protein dan lebih daripada lapan jenis Vitamin B (Vitamin B-Kompleks).
Semua ramuan tersebut dapat membantu badan menjadi lebih bertenaga dan minda lebih fokus, berlandaskan rasa enak coklat yang tidak terhingga. Ia merupakan lonjakan sempurna untuk membina badan yang sihat dan minda yang cerdas.
“Anak-anak saya suka coklat dan produk ini telah menjadi satu keperluan harian yang penting kepada kami sekeluarga kerana ia merupakan minuman yang sihat buat seisi keluarga.
“Tambahan pula, ia cukup mudah untuk disediakan sendiri oleh anak-anak saya mahupun untuk adik-adiknya,” kata Sharifah Shahira.
Minuman coklat Dutch Lady didatangkan dengan dua saiz iaitu pek 350 gram dan 900 gram pada harga RM8 dan RM17.90.
Pengunjung pada hari itu bukan sahaja berpeluang mencuba produk minuman baharu itu, malah boleh melakukan aktiviti santai di beberapa sudut khas disediakan iaitu sudut fotografi dan sudut jaringan bola keranjang yang mengujakan.
Pada akhir pelancaran tersebut, tiga wakil media dipilih untuk menyempurnakan satu cabaran iaitu The Best Shake Ever.
Mereka perlu menggoyangkan badan mengikut rentak muzik popular masa kini iaitu Gangnam Style.
Pelbagai aksi dipertontonkan berjaya mencuit hari wakil-wakil media yang menjadi penonton setia. Antaranya gaya ala Wong Fei Hong, tarian Gangnam Style dan gaya gelek Datuk M. Daud Kilau.
Aksi yang berlanjutan selama beberapa minit itu membuatkan sorakan penonton selaku juri sebulat suara memilih wartawan meja ekonomi Kosmo!, Fahami Ahmad selaku juara sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah istimewa berupa sebuah basikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: