Friday, December 7, 2012

Had aurat wanita


SETIAP Muslimah perlu faham dengan batas auratnya. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu perlu menutup aurat di depan bapa saudara mereka dan bolehkah mereka bersalaman?
JAWAPAN:
Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi:
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (iaitu anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis.
Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.
Inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita. Maka, pada mahram sahaja yang dibenarkan bersalaman.
Selain daripada di atas, maka wajiblah wanita menutup auratnya dan tidak bersentuhan atau bersalaman.
Peringatan juga kepada para wanita, adapun aurat wanita itu sama dengan aurat dalam solat, janganlah dibezakan antara aurat wanita dalam solat dan luar solat.
Kebanyakan wanita keliru dengan batasan aurat. Jadi, mudah-mudahan jelaslah perkongsian ini dan moga Allah permudahkan. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: