Tuesday, December 11, 2012

Badan kutip royalti pelakon


JOSEPH SALANG (kanan) beramah mesra dengan para pelakon tanah air selepas majlis dialog di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut bayaran royalti kepada penggiat seni lakonan bakal berakhir melalui syarikat Malaysian Screen Actor Guild Berhad (MSAGB) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, melalui syarikat itu, kadar bayaran kepada pelakon termasuk kaedah royalti dapat dikaji dan diubah suai agar selari dengan tuntutan serta keperluan semasa.
Selain menjadi landasan terbaik dalam soal tuntutan royalti pelakon, katanya, MSAGB juga memberi manfaat kepada perkembangan industri perfileman dan penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhannya.
“Saya berharap melalui penubuhan MSAGB, ia dapat mewakili para pelakon, penulis skrip dan keseluruhan rantaian dalam penerbitan supaya mendapat manfaat imbuhan atau royalti hasil daripada karya mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek Dalam Kalangan Seniman Malaysia” di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: