|
|
PENYANYI Taylor Swift mengakui dia percaya cinta sejati wujud, walaupun dirinya sendiri kerap kecundang dalam percintaan.
Taylor yang kini bercinta dengan Conor Kennedy memberitahu, meskipun hubungan cintanya sebelum ini banyak yang terputus di tengah jalan, namun dia dapat melupakan kesedihannya apabila bertemu dengan kekasih baharu.
Sebelum ini, Taylor pernah bercinta dengan beberapa artis terkenal seperti Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer dan Jake Gyllenhaal.
“Kenapa saya harus dipertemukan dengan orang ini. Kenapa ia (putus cinta) boleh terjadi?
“Namun, apabila anda lihat seorang lelaki kacak dan kelihatan sesuai bersama, anda akan jatuh cinta sekali lagi,” ujarnya kepada majalah Marie Claire.
Pelantun lagu We Are Never Ever Getting Back Together ini juga mengakui dia mudah jatuh cinta dan tidak pernah menyesal bertemu dengan bekas-bekas kekasihnya.
“Saya mudah jatuh cinta pada lelaki baik, tetapi tidak pada lelaki jahat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Taylor menegaskan dia gemar menulis lagu berdasarkan kisah percintaannya.
Baginya, ia adalah haknya untuk bereksperimentasi dengan cara begitu melalui muzik.
“Ia bukan suatu kesalahan jika seseorang yang membuat hubungan cinta dengan saya dan kemudiannya curang lalu kisah tersebut diungkapkan menerusi lagu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: