Amalan pemakanan pada zaman moden ini mendedahkan wanita kepada makanan yang tinggi kandungan garam dan gaya hidup yang kurang aktif.
Ini akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah aliran darah yang perlahan dan pengumpulan air di bahagian kaki tanpa disedari berasa cepat letih, sakit badan, dan bengkak kaki.
Bagi membantu menangani masalah ini, Scholl, jenama penjagaan kaki yang terkemuka, memperkenalkan Stoking Scholl Compression untuk wanita memperoleh kelegaan daripada keletihan dan bengkak kaki.
Pengarah Pemasaran, Reckitt Benckiser di Malaysia dan Singapura, Nikhilesh Kalra, berkata, stoking ini direka secara ergonomik dan memiliki teknologi tekanan separa berpaten yang berfungsi untuk meningkatkan aliran darah dan mengurangkan pengumpulan air di bahagian kaki.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita moden mempunyai masa terhad untuk benar-benar menjaga kesihatan mereka termasuklah keadaan kaki mereka.
"Menyedari hal ini, inovasi kami dicipta untuk mengurangkan beban wanita dengan memberikan mereka penjagaan kaki yang selesa," katanya.
Menurut beliau, dengan mengambil kira rutin dan gaya hidup wanita, Scholl telah mengaplikasikan ergonomik yang boleh membantu wanita mendapat kelegaan daripada kaki yang sakit, letih dan bengkak ketika mereka tidur.
Melalui teknologi tekanan separa berpaten Scholl, stoking berfungsi dengan menghasilkan pemampatan yang berbeza di tiga titik tumpuan iaitu bahagian pergelangan kaki, betis dan paha.
Pemampatan paling tertumpu di bahagian pergelangan kaki bagi menggalakkan darah yang terkumpul di kaki untuk mengalir ke atas ke bahagian betis.
Stoking Scholl Compression terdapat dalam dua pilihan, Sleeping Short, dengan ukuran panjang sehingga bawah lutut (RM92.40) dan Sleeping Long, dengan ukuran panjang sehingga melepasi lutut (RM102.90).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: