KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik sebuah serombong Pusat Tenaga Boxberg diruntuhkan di Boxberg, Jerman kelmarin.
BOXBERG, Jerman - Sebuah serombong asap diruntuhkan di Pusat Tenaga
Boxberg di sini dengan menggunakan sejumlah bahan letupan kelmarin.
Tinggi serombong itu ialah 300 meter dan beratnya kira-kira 11,000 tan.
Sebanyak 1,653 lubang ditebuk pada serombong tersebut untuk diisi dengan bahan letupan.
Sejumlah orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan dalam tempoh beberapa saat.
Serombong itu dibina pada tahun 1970-an.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: