APABILA bercakap mengenai jam tangan, setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri. Sama seperti pakaian, jam tangan dengan elemen penuh bergaya turut mempengaruhi penampilan pemakainya.
Jam tangan Citizen dari Jepun antara label terkenal yang telah sekian lama bertapak dalam industri jam tangan.
Gabungan fusion dan keanggunan menjadi tarikan Citizen untuk pembelinya.
Terbaharu Citizen meneruskan kesinambungan koleksi Citizen Eco-Drive yang dimulakan sejak tahun 1995 dengan beberapa lagi model terkini iaitu Citizen L, Siri Super Titanium dan Citizen x Toyota 86.
Dengan bertatahkan berlian, jam tangan Citizen L pasti menggoda peminat aksesori jam tangan Hawa.
Dihiasi berlian di bahagian bawah dengan bentuk seakan-akan bulan sabit, jam tangan tersebut mengutamakan definisi keanggunan.
Bagi koleksi si Adam pula bagi tahun 2012 ini, Siri Super Titanium dan edisi terhad siri kolaborasi, Citizen x Toyota 86 antara yang terhangat.
|
|
Kehebatan teknologi Citizen yang terutama sekali dengan kuasa Eco-Drive adalah kemampuan mengubah sebarang bentuk sumber cahaya kepada tenaga. Semenjak pelancaran jam tangan analog berkuasa cahaya pertama pada tahun 1976, konsep penuh wawasan Eco-Drive menerima sambutan hebat.
Selaku jam tangan yang memberikan kepuasan lengkap dengan komitmen kepada mesra alam sekitar, rangkaian koleksi terkini Citizen pasti menyerlahkan penampilan anda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: