
GEORGE TOWN – Pengeluar alat ganti motosikal tempatan, W-Standard Motorparts Sdn. Bhd. (W-Standard) yakin terhadap peluang besar dalam industri hiliran automotif itu berdasarkan pasaran semasa.
Pengarah Urusannya, Teoh Chin Thai berkata, jenama tempatan itu yang telah bertapak di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu kini semakin berani untuk bersaing dengan berbekalkan faktor kualiti dan harga yang kompetitif.
Katanya, keyakinan itu juga berdasarkan permintaan terhadap pasaran alat ganti motosikal tempatan yang disokong trend pengguna di negara ini.
“Sebagai pengeluar, sudah pasti W-Standard menekankan terhadap faktor keselamatan (kualiti) alat ganti motosikal yang dibekalkan kepada pengguna adalah amat penting.
“Kita turut menerima maklum balas positif daripada pengguna yang terdiri daripada penunggang, pengusaha bengkel dan pusat penyelenggaraan motosikal di seluruh negara,” katanya yang ditemui pada seminar Aplikasi dan Teknologi Alat Ganti Permotoran di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: