Thursday, November 10, 2011

Tiket Badai Semalam hampir habis terjual


ERRA FAZIRA dan Fizz Fairuz semasa sesi latihan teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiket teater Badai Semalam yang bakal membuka tirai persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 11 hingga 20 November ini telah terjual sebanyak 80 peratus dua hari sebelum persembahan bermula.

Lebih mengujakan pihak Istana Budaya dan penerbit bersama, syarikat Frensis adalah tiket untuk tarikh 11 dan 12 November ini telah pun habis dijual.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhairi Shaarani atau mesra dengan panggilan Abang Jo sewaktu dihubungi Kosmo! berkata, tiket yang terjual cukup memberangsangkan.

"Kepada sesiapa yang masih belum membeli, saya nasihatkan sila dapatkan tiket dengan segera kerana pementasan teater ini tidak akan disambung selepas ia berakhir kerana sebuah pementasan lain iaitu Magic Mirror The Musical akan mula dipentaskan pada 25 November," katanya.

Badai Semalam merupakan teater pertama di Istana Budaya yang menampilkan zaman 70-an dan mengisahkan tentang ketabahan dan liku-liku kehidupan seorang wanita cantik dan bijak bernama Mazni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: