Tuesday, November 1, 2011

Tiga maut serangan berani mati di Kandahar


BEBERAPA anggota polis Afghanistan memeriksa senjata milik para penyerang selepas serangan bom berani mati dekat pejabat Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian di Kandahar semalam.


KABUL - Tiga orang awam terbunuh dalam satu serangan berani mati di bandar Kandahar, kata pihak berkuasa di Kandahar semalam.

Letupan itu berlaku berdekatan pejabat Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di sini.

"Kami menyedari letupan itu yang berlaku di rumah tetamu UNHCR pada awal pagi," kata jurucakap badan dunia, Dan McNorton.

Dalam insiden itu, tiga orang awam terkorban manakala seorang warga Nepal cedera dalam serangan itu.

Serangan itu merupakan yang terbaharu dalam rentetan serangan maut ke atas warga asing di Afghanistan.

Pada Sabtu lalu, pengebom berani mati yang menggunakan kereta telah mengorbankan 13 orang anggota tentera dan kakitangan awam yang bertugas dengan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Kabul termasuk rakyat Amerika, Britain, dan Kanada dalam satu serangan yang dahsyat ke atas pakatan tersebut sejak 10 tahun lalu di Afghanistan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: