Tamara (kanan), bersama kakaknya Petra dan bapanya Bernie, bos Formula Satu.
KUKU anjing peliharaannya dicat merah jambu di Harrods, dia mempunyai alat untuk memusingkan kereta supaya dia tidak perlu mengundurkan kereta Ferrarinya ke jalan dan mempunyai 100 pasang kasut tinggi jenama Christian Louboutin dalam bilik persalinannya.
Jadi tidak hairanlah kalau cara hidup mewah Tamara Ecclestone menjadikan dia sukar mencari kawan, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sekarang.
Tapi, nampaknya wanita berusia 27 tahun dan anak kepada jutawan Bernie, juga bos Formula Satu sudah merancang satu strategi untuk dirinya sendiri - cuba mendapatkan undi simpati.
Dia sudah ‘menyerang’ mereka yang menganggap dia seorang yang ‘jahat’ dan berkata, walaupun dia mempunyai harta yang banyak. dia juga “seperti kebanyakan wanita yang lain.”
Tetapi dia juga menerima kenyataan yang dia menjadi “sasaran utama” pengkritik apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. “Saya naif, bertindak terburu-buru dan kadang-kadang tidak berfikir panjang,” katanya.
Tambahnya lagi, “Orang menganggap saya jahat, tidak mempunyai emosi, tetapi banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya juga lemah seperti kebanyakan wanita di dunia. Ada hari baik, tak baik dan kadang-kadang bergaduh dengan teman lelaki saya.
“Saya tak mahu duduk saja dan berkata “Saya sedih”. Memang saya bernasib baik dan tak perlu bimbang dengan bil elektrik tapi kadang-kadang hidup saya juga sukar:
Tidak semua orang yang mahu berkawan dengan saya itu jujur.”
Dia juga menafikan laporan yang dia membelanjakan satu juta pounds (RM5 juta) untuk mandian kristal. Dia memberitahu Radio Times, “Saya takkan menipu - saya memang suka kemewahan tapi saya takkan berbelanja begitu mewah hanya untuk mandi.”
Masih belum dapat dipastikan sama ada projek terbarunya ini akan dapat menaikkan kembali popularitinya itu. Minggu ini, model dan pengacara televisyen itu akan muncul dalam satu siri realiti mengenai dirinya bertajuk “Billion $$ Girld’, di Channel 5.
Katanya, “Penonton takkan mempunyai pendapat yang buruk mengenai saya. Tak ada yang kalah. Ini saja jawapan saya buat masa ini. Ia memang seronok. Kalau mereka mahu bencikan saya, terpulanglah.” Dia juga mengaku, ibunya, bekas model Armani, Slavica Ecclestone pada mulanya menganggap dia gila kerana bersetuju membuat rancangan tersebut.
Minggu lepas, Tamara menunjukkan bilik persalinannya yang mempunyai beratus pasang kasut bernilai 70,000 pounds (RM350.000) dan beg tangan serta pakaian berjenama mewah, semuanya berjumlah kira-kira 100,000 pounds (RM500,000) yang biasa hanya dipakai sekali saja.
Dan dalam satu temubual mengenai kehidupan mewahnya, Tamara berkata semua anjingnya dihantar ke sebuah salon di Harrod’s, di mana anjingnya bukan saja menerima rawatan muka tetapi kukunya dicat dengan pewarna kuku berwarna merah jambu.
Buah hati Tamara ialah Omar Khyami 37, seorang broker saham. Pada musim panas yang lalu, dia membelikan Tamara kereta Ferrari 599 GTO berharga 370,000 pounds (RM1.84 juta).
Mengenai buah hatinya itu, Tamara berkata, “Hanya lelaki yang bersemangat tinggi saja tidak akan merasa tergugat dengan keluarga saya. Saya mahu berkahwin tetapi sekarang saya mahu menumpukan perhatian dalam karier saya (satu produk rambut) dan begitu juga dia.”
Selain daripada itu, dia turut menjadi pengacara Pertandingan Perlumbaan Udara Red Bull dan pengacara Formula Satu untuk siaran GMTV.
“Saya menjadi pengarca Formula Satu di Sky Sports Italia di Itali untuk dua tahun, jadi saya bukanlah seorang yang bodoh,” katanya.
Dalam laman webnya, dia menulis, “Tidak akan menggunakan kehidupan mewahnya dengan sia-sia. Tamara akan beri sumbangan setiap kali ada peluang.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: