KHABARNYA sehingga sekarang belum ada program sendiri? Kenapa ya?
Betul, saya belum ada program sendiri. Saya sendiri tak tahu sebab apa. Perkara ini dah saya bangkitkan lama. Tapi respon hambar dan mengecewakan.
Tak pergi bertanya pada pihak Media Prima?
Kalau nak tahu, saya dah malas nak naik turun bertanya hal yang sama pada pihak yang berkenaan. Bayangkan, saya ni dah macam diboikot di sana sebab asyik tanya benda sama. Mereka tak nak layan setiap kali nampak muka saya. Walhal, ia adalah hak saya untuk bertanya. Mereka dah janji dan saya cuma tuntut janji itu. Saya ni bukan nak menagih-nagih, cuma bertanya.Dan saya datang kepada mereka pun dengan beradab.
Dalam perjanjian, selain dari memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 tu, awak akan diberikan peluang untuk mengacara program sendiri? Begitu?
Betul, itu daripada apa yang mereka janjikanlah. Tapi lepas setahun ia berakhir, mana programnya? Satu pun tak ada. Bila ditanya, macam-macam alasan yang diberikan. Nantilah, sabarlah, itulah, inilah.Sampai bila saya kena tunggu?
Kiranya dah tak larat lagi ni untuk terus menunggu?
Sekurang-kurangnya biarlah penantian berbaloi. Ini bukan soal saya sahaja. Ini soal lima peserta Tophost yang lain. Kami gadaikan pekerjaan kami sebelum ini semata-mata nak mengejar impian jadi Tophost. Setiap dari kami pasang impian itu. Tipulah kalau saya katakan yang saya tak mahu berada di depan kamera. Tapi bila jadi begini, mana kesudahannya?
Mustahil satu peluang pun tak ada? Atau awak ni cepat melatah?
Buat masa sekarang, saya bekerja di belakang tabir untuk program Bersamamu siaran TV3. Tapi sampai bila saya nak duduk di belakang tabir? Nama pun program Tophost. Bukannya Topjournalist atau Topcameraman.
Mungkin sebab awak belum cukup pengalaman dan belum layak untuk jadi pengacara?
Sebagai pengacara, ya saya mengaku masih belum banyak pengalaman. Tapi saya dah mengabdikan diri dalam bidang penyiaran dah lima tahun. Untuk apa saya belajar dan bekerja dalam bidang ini tapi peluang langsung tak diberikan kepada saya untuk berada di depan kamera. Sekarang ni saya cakap fasal peluang. Mereka harus berikan peluang buat bakat baru untuk kongsi apa yang mereka ada.
Maksud awak?
Iyalah, kalau ada yang kata saya tak pandai jadi pengacara sebab masih baru, itu tanggapan yang salah. Kalau ikutkan, pengacara-pengacara hebat sedia ada sekarang, waktu dulu pun mereka ada kekurangannya. Tapi sebab diberikan peluang dan ruang maka sedikit demi sedikit mereka bina pengalaman sampai berjaya. Soalnya sekarang, mereka tak bagi peluang itu pada saya dan kawan-kawan lain. Lagi satu sedangkan pelapis Tophost sudah ada, kenapa nak kena ambil artis dan selebriti untuk jadi pengacara?
Bolehkah jelaskan lebih lanjut?
Kena faham ya. Personaliti dan selebriti adalah dua benda yang berbeza. Macam saya cakap tadi, untuk apa belajar di bidang ini kalau kami tak disalurkan pada saluran yang betul? Sedangkan juara Gadis Melayu yang tiada asas program pengacaraan pun sudah ada program sendiri. Tapi Tophost di mana pula kedudukannya? Sampai orang dah tak kenal peserta-peserta Tophost. Malap begitu sahaja.
Awak rasa, awak bagus sangatkah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara?
Saya tak kata begitu. Tapi apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik. Apa yang penting, peluang. Mereka harus buka peluang untuk orang baru seperti saya dan peserta Tophost lain untuk galas tanggungjawab itu.
Sekiranya selepas ini pihak Media Prima menerbitkan lagi program Tophost untuk musim ketiga, apa komen awak?
Sedangkan kedudukan kami pun masih tiada arah tujuan, inikan pula nak menerbitkan program baru? Tak mengapa. Kalau masa itu tiba, saya dan peserta Tophost lain sudah berbincang dan bersedia untuk mengadakan sidang media supaya semua tahu keadaan ini.

Khabarnya sehingga sekarang belum ada program sendiri? Kenapa ya?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: