Tuesday, November 1, 2011

Siap sedia hadapi bah besar


Pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir dengan bot pada Program latih Amal Menghadapi Bencana Malaysia-Thailand di Tumpat semlam.


TUMPAT – Persiapan rapi telah dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menghadapi banjir besar yang dijangka melanda Kelantan dan Terengganu tahun ini untuk memastikan kesannya tidak terlalu serius.

Setiausaha MKN, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (gambar) berkata, taburan hujan berukuran di antara 800 dan 900 mililiter ketika ini agak tinggi berbanding tahun lepas.

Menurutnya, berdasarkan bacaan tersebut, banjir besar diramal berlaku dan persediaan rapi dibuat selepas mengambil iktibar bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara jiran seperti Thailand dan Filipina.

“Kali ini, kita buat persiapan lebih rapi memandangkan keadaan semasa di rantau ini dengan banjir yang amat teruk lebih-lebih lagi jumlah hujan yang kita terima sama banyak dengan Thailand.

“Sebab itu, kita tidak mahu mengambil risiko, jadi kita buat persediaan sebaik mungkin menggembleng semua agensi yang ada dan mengadakan banyak program komuniti mengenai banjir di kawasan yang selalu dinaiki air,” katanya selepas menghadiri Program Latih Amal Menghadapi Bencana Antara Malaysia-Thailand di Pangkalan Kubur dekat sini semalam.

Latih amal itu membabitkan simulasi pelanggaran antara feri Malaysia dan bot nelayan Thailand di Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Pangkalan Kubur dan Tak Bai, Selatan Thailand.

Mohd. Tajuddin berkata, latihan itu sengaja dilakukan pada musim tengkujuh untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara terutama untuk menghadapi banjir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: