Tuesday, November 1, 2011

Rodthu sekat rezeki kereta sewa


BEBERAPA pemandu teksi tempatan membuat bantahan terhadap saingan van dari negara Thailand di stesen teksi Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Lebih 200 pemandu kereta sewa di sekitar kawasan sempadan di sini memohon pihak terbabit memantau kegiatan van penumpang dari Thailand dikenali sebagai rodthu yang disifatkan menyekat rezeki mereka dalam mencari penumpang.

Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Rantau Panjang, Adam Abdullah berkata, kemasukan rodthu yang mengambil penumpang di sekitar bandar dan pekan kawasan sempadan seperti Rantau Panjang telah menyebabkan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan terjejas teruk.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila tiba musim cuti dan perayaan apabila berpuluh-puluh buah van ini akan berkeliaran di sekitar bandar ini untuk mencari penumpang.

"Kita akui perkhidmatan mereka cukup baik iaitu dari pintu ke pintu dan tambang yang dikenakan lebih murah kerana mereka mampu memuatkan sehingga 15 penumpang dalam satu-satu masa.

"Mereka menggunakan Permit Bergerak Antarabangsa (ICP) untuk memasuki negara dengan alasan membawa pelancong," katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: