Tuesday, November 1, 2011

Rangkaian TV Media Prima janji Program Menarik 2012

Menjanjikan rancangan-rangan yang menarik untuk meneruskan kegemilangan mereka di arena televisyen, rangkaian tv Media Prima yang merangkumi empat buah stesen tv besar iaitu TV3, TV9, ntv7, 8TV telah memperkenalkan kandungan program-program menarik 2012 dimajlis Media Prima Nite Live yang lalu.

Bakal menyajikan sajian yang penuh integrasi di semua platform, kandungan yang lebih segar dan program-program tempatan dan antarabangsa yang mempunyai rating yang tinggi, ia sebenarnya bertujuan untuk memperkasakan Media Prima di dalam menawarkan penyelesaian bersepadu dan menarik kepada para pengiklan.

Mengorak langkah ke tahun 2012, TV3 akan terus memberikan program yang terbaik, bermutu dan terus kekal relevan dikalangan masyarakat dan sekali gus terus menjadi saluran televisyen percuma pilihan utama.

Selain daripada rantaian drama terbaik yang bakal menghiasi kaca televisyen seperti Atas Nama Cinta, Malaya, Bukan Bidadari, Amukan Pocong,dan Mak Lang Datang Kompang Bergendang, TV3 juga turut menyajikan program-program anugerah yang dinanti setiap tahun seperti Anugerah Juara lagu , Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Skrin.

Begitu juga TV9, stesen tv nombor dua negara ini telah menerima maklum balas yang sangat positif dan memberangsangkan daripada penonton sejak lima tahun kebelakangan ini.

Kebanyakkan program yang diterbitkan oleh stesen ini menggambarkan perhubungan rapat dengan para penonton selain telah berkembang secara dinamik, agresif, proaktif dan kreatif di dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti tinggi.

VS (Versus) merupakan program realiti terbaru dan terbesar yang akan disiarkan di TV9 pada tahun 2012 nanti. Lima daripada aksi muzikal yang akan berentap bagi merebut RM 250, 000 adalah antara cabaran muzik yang terhebat akan diadakan, dan program ini merupakan kolabirasi hebat antara dua platform Media Prima iaitu TV9 dan Hot FM.

Bersemperna EURO 2012 juga, rancangan bual bicara bola sepak iaitu Gila Bola akan diterbitkan oleh TV9 dan akan diacarakan oleh dua penyampai radio popular, Kieran dan Seelan Paul.

Ntv7 terus membawa keceriaan dengan memperkukuhkan lagi tarikannya kepada parasan kaun cina massa dengan memperkenalkan program-program baru tempatan dan luar negara.

Program-program popular dari Amerika Styarikat seperti Two And A Half Men, Glee, Bones, Grey’s Anatomu dan Lie To Me akan memeriahkan kaca tv anda disaluran ntv7 nanti.

Ntv7 juga akan memperkenalkan beberapa program baru khas buat kanak-kanak seperti Unggun Api, sebuah siri cerita-cerita hantu.

Manakala, buat 8TV, sesuai dengan tema ‘Kita Berbeza’, 8TV terus membawakan program-program hiburan yang terbaik menampilkan kepelbagaian Urban dan Cina, dengan program-program hebat dari Hollywood, Asia dan tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: