
GEORGE TOWN – Rumah bergelap manakala semua 10 lif tidak dapat digunakan. Demikian keadaan yang membelenggu kira-kira 3,000 penduduk di Blok A dan B Pangsapuri Green Garden, Paya Terubong dekat sini apabila bekalan bekalan elektrik ke rumah mereka dipotong sejak Isnin lalu.
Penduduk mendakwa, masalah di dakwa berpunca daripada tindakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan terbabit gagal menjelaskan bil elektrik yang tertunggak berjumlah RM100,000 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Mac tahun ini.
Kesemua penghuni di 2,255 unit perumahan itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang tidak prihatin terhadap keselesaan penduduk.
Wakil penduduk, Sam Hong, 45, berkata, masalah yang berlaku sememangnya membebankan penduduk yang majoritinya tinggal di situ sejak lebih lapan tahun lalu.
Menurutnya, masalah itu tidak akan berlaku sekiranya pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal pentadbiran dengan cekap.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: