JAKARTA - Ribuan orang Islam berhimpun di ibu kota Indonesia di sini semalam untuk membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Indonesia pada minggu ini.
Sekitar 2,500 penunjuk perasaan daripada kumpulan Hizbut Tahrir melaungkan slogan 'Tolak Obama' dan 'Amerika Pengganas' di luar kedutaan AS di sini.
"Kami menentang AS dan kunjungan Obama ke Indonesia," kata jurucakap kumpulan itu, Mujiyanto.
"Obama ialah pembunuh saudara Islam di Palestin dan Afghanistan, pencuri sumber alam Indonesia dan imperialis yang mahu menakluki dunia dan beliau sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan AS," tambahnya.
Protes serupa turut diadakan semalam di beberapa bandar lain termasuk Surabaya di Jawa Timur dan Makasar di Sulawesi Selatan.
Obama akan berada di Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada hujung minggu ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: