Thursday, November 3, 2011

Jumlah peserta ditambah - Najib


NAJIB bersalaman dengan para jemaah sambil ditemani Rosmah ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Tabung Haji di Mekah semalam.


MEKAH - Jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dinaikkan lagi tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kerana kerajaan mengiktiraf betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh para imam dan ketua-ketua kampung itu sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, program tahunan yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat 1MDB itu dilancarkan selepas kerajaan melihat masih ada kalangan pemimpin dari dua kelompok itu yang belum menunaikan haji ekoran masalah kewangan. "Sebab itu 1MDB melancarkan program ini sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporatnya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Tabung Haji di sebuah hotel di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: