KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun didakwa nyaris diculik oleh seorang buruh warga Kemboja dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.
Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan bapanya serta dua kakak dan adik perempuan keluar makan malam di kawasan tersebut.
Difahamkan, selepas selesai makan, bapa kanak-kanak itu, seorang kontraktor sebuah syarikat telekomunikasi, Saifuddin Abu Samah, 37, berjalan di hadapan dengan anak sulung, Nur Farhana, 12, dan anak kedua, Nur Farahin, 10, untuk ke kereta, manakala mangsa, Nur Farihah berjalan sendirian di belakang.
Saifudin berkata, ketika itu isterinya, Rohani Abd Raof, 37, dan anak bongsunya, Nur Faiqah, 4, mengekori mangsa (Farihah) dari belakang dalam jarak kira-kira 10 meter.
Menurutnya, pada masa sama terdapat seorang lelaki warga Kemboja dalam keadaan mencurigakan tiba-tiba menghampiri mangsa, seolah-olah hendak menerpa dan melarikannya.
“Saya tidak sedar akan kejadian itu, namun isteri yang mengekori dari belakang menyedari keadaan tersebut dan sempat menjerit menyebabkan lelaki berkenaan terkejut dan terus beredar.
“Setelah isteri memaklumkan hal itu, saya terus mengekori lelaki terbabit sejauh satu kilometer sambil menghubungi polis untuk meminta bantuan. Sebaik polis tiba, lelaki itu ditahan ketika sedang berjalan kaki berdekatan sebuah stesen minyak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya menahan lelaki warga Kemboja berusia 33 tahun itu, tidak jauh dari lokasi kejadian pada hari yang sama.
Monday, November 14, 2011
Gagal culik kanak-kanak 6 tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: