JOHOR BAHRU - Dua rakan berhadapan detik cemas apabila diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pistol dalam kejadian di kawasan rumah pangsa, di Taman Kota Masai, di sini, semalam.
Dalam serangan itu, S Alayarajam, 25, bersama rakannya, T Arasu, 19, mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dahi.
Difahamkan, kedua-dua mangsa sedang berehat di kawasan berhampiran perumahan terbabit dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu sebelum diserang empat lelaki bermotosikal itu.
Abang kepada Alayarajam, S Visvam, 27, berkata, dia percaya sekumpulan lelaki terbabit adalah orang yang sama menyerangnya kira-kira setahun lalu di Taman Rinting, di sini.
“Kami tidak tahu apa motif kumpulan itu menyerang kami, sedangkan kami tidak mengenali siapa mereka. Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan ia berlaku kerana salah faham,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, R Segaran, 53, berkata, dia berada di dalam rumah ketika kejadian, sebelum terdengar bunyi seakan-akan letupan kuat sebelum bergegas keluar dan melihat anaknya sedang mengerang kesakitan.
Menurutnya, dia hanya sempat melihat empat lelaki bergegas meninggalkan tempat kejadian selepas melepaskan tembakan ke atas anaknya bersama rakannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan akan menyiasat lebih lanjut seterusnya sedang mengesan suspek terlibat.
Katanya, orang ramai yang melihat insiden itu diminta tampil membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Monday, November 14, 2011
Detik cemas diserang samseng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: